KANE (kanan) berjaya membantu Spurs mengalahkan Wolves 2-0. FOTO EPA
KANE (kanan) berjaya membantu Spurs mengalahkan Wolves 2-0. FOTO EPA

AFP

London: Harry Kane meledak gol ke-22 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini untuk membantu Tottenham Hotspur mengalahkan Wolves 2-0 bagi mencerahkan harapan mereka menduduki kelompok empat teratas.

Ketua pasukan England itu meletakkan Spurs di depan pada hujung babak pertama sebelum Pierre Emile Hojbjerg menggandakan jaringan tuan rumah di minit ke-62.

Kemenangan itu membolehkan Spurs yang berada berada di tangga keenam, lima mata di belakang pasukan tempat keempat Chelsea, tatkala masih lagi berpelung untuk meraih enam mata maksimum dalam dua lagi baki perlawanan liga.

Empat pasukan teratas EPL bakal mendapat slot automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 12:39 AM