RONALDO meraikan kejayaan meletakkan gol bersama rakan pasukan. FOTO EPA
RONALDO meraikan kejayaan meletakkan gol bersama rakan pasukan. FOTO EPA
AFP

Milan: Juan Cuadra meledakkan dua gol termasuk penalti lewat perlawanan untuk membantu Juventus menewaskan Inter Milan 3-2 sekali gus menghidupkan peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara dalam saingan yang menyaksikan tiga penalti diberikan dan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.

Juve naik ke kedudukan keempat satu mata di belakang pasukan di tempat ketiga AC Milan dan dua mata mengatasi Napoli yang kedua-duanya akan bermain hari ini.

Kemenangan itu menamatkan rentetan kemenangan 20 perlawanan tanpa tewas buat Antonio Conte yang berjaya menafikan gelaran juara liga ke-10 berturut-turut buat Juventus musim ini.

"Sangat penting bagi kami untuk menang jadi kami masih boleh berharap," kata Andrea Pirlo.

"Jika kami tunjukkan keinginan dan keazaman seperti beberapa perlawanan terakhir sebelum ini, kami akan berada di posisi berbeza.

"Jika kami ke perlawanan terakhir musim ini untuk merebut tempat empat terbaik jelas sekali ada kekurangan di mana-mana."

Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan penalti selepas 24 minit tetapi kembali meledak gol yang memberikannya jaringan ke-29 dalam Serie A musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Mei 2021 @ 9:13 AM