TORRES melakarkan hatrik buat City membenam Newcastle, FOTO AFP
TORRES melakarkan hatrik buat City membenam Newcastle, FOTO AFP
AFP

Newcastle: Pep Guardiola berkata Ferran Torres boleh mengisi tempat yang ditinggalkan Sergio Aguero sebagai penyerang utama Manchester City musim depan selepas pemain Sepanyol itu melakukan hatrik bagi membantu pasukannya menang 4-3 ke atas Newcastle awal pagi tadi.

Dengan tiga gelaran Liga Perdana dalam tempoh empat tahun, Guardiola sekali lagi memberi peluang kepada pemain yang kurang beraksi untuk diturunkan dua minggu sebelum final Liga Juara-Juara.

Torres mempamerkan persembahan terbaik untuk diberi peluang diturunkan menentang Chelsea di Porto pada 29 Mei apabila menjaringkan tiga melengkapkan jumlah jaringan dalam musim pertamanya di England kepada 13 gol.

Pemain berusia 21 tahun itu juga meledakkan hatrik buat Sepanyol ketika menentang Jerman awal musim ini, dibeli City Ogos kerana aksi mengagumkan yang dipamerkan sebagai pemain sayap Valencia.

Namun penjaring terbanyak sepanjang zaman City, Aguero akan meninggalkan kelab itu pada hujung musim ini dengan Guardiola membincangkan kemampuan Torres untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain Argentina itu.

"Ini musim pertamanya di England dan jumlahnya luar biasa," kata Guardiola.

"Apabila dia bermain dia mampu menjaringkan gol. Inilah watak seorang penyerang, tahu di mana bola tiba sesaat sebelum itu."

Guardiola juga memberikan penjaga gol berusia 35 tahun, Scott Carson penampilan pertamanya bersama City dalam tempoh hampir 10 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 8:38 AM