AFP

Milan: Romelu Lukaku didenda bersama tiga lagi rakan sepasukan Inter Milan selepas berparti sehingga awal pagi bagi meraikan hari jadi penyerang Belgium itu yang melanggar peraturan berkaitan Covid-19.

Lukaku, Achraf Hakimi, Ivan Perisic dan Ashley Young antara 24 orang yang meraikan hari jadi pemain berusia 28 tahun itu di hotel Milan selepas Inter menewaskan Roma 3-1, menurut Gazzetta Dello Sport.

Police dipanggil dengan kesemua mereka didenda kerana tidak mematuhi peraturan covid, kata Gazzetta.

Menurut seorang daripada mereka, bekas penyerang Manchester United itu keluar bersama rakan tetapi tidak menganjurkan parti.

Lukaku meledak gol terakhir ketika menentang Roma untuk keseluruhan 22 jaringan dalam saingan liga musim ini, enam gol di belakang Cristiano Ronaldo.

Inter mengesahkan gelaran juara dengan baki empat perlawanan yang juga scudetto pertama mereka sejak 2010 sekaligus menamatkan penguasaan sembilan tahun Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Mei 2021 @ 8:38 PM