SHAHRUL kapten The Bos Gaurus.
SHAHRUL kapten The Bos Gaurus.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Jurulatih Perak FC (PFC), Chong Yee Fatt berharap tonggak pertahanan tengahnya, Shahrul Saad dapat kekal di bumi Perak sehingga tamat saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Jelas pengendali itu, Shahrul yang juga ketua pasukan skuad The Bos Gaurus adalah aset penting buat pasukan itu ketika ini dan berharap tonggak utama skuad Harimau Malaya itu tidak berhijrah pada jendela perpindahan kedua yang dibuka Isnin lalu.

"Saya harap dia akan kekal dengan kita sebab dia adalah aset yang penting bagi kami," katanya pada sidang media sejurus tamat aksi antara PFC dan Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Dalam aksi itu, Perak berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam empat aksi sebelum ini apabila menang 1-0.

Terdahulu, kecoh di laman sosial Shahrul dikhabarkan bakal berhijrah ke Sri Pahang selepas jendela perpindahan dibuka baru-baru ini.

Bagaimanapun, adik kepada bekas pertahanan negara, Syamsul Saad itu menafikan penghijrahannya namun mengakui ada dihubungi skuad Tok Gajah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Mei 2021 @ 7:02 PM