LIU Ying diberi tanggungjawab bersama dengan atlet memanah negara, Khairul Anuar. FOTO NSTP
LIU Ying diberi tanggungjawab bersama dengan atlet memanah negara, Khairul Anuar. FOTO NSTP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Atlet badminton negara, Goh Liu Ying meluahkan rasa terkejut apabila dipilih sebagai pembawa jalur gemilang pada temasya Olimpik Tokyo Ogos ini.

Ia dianggap sebagai satu penghormatan terbesar dalam kariernya malah tidak menyangka akan diberi tanggungjawab itu.

Liu Ying yang juga pemenang pingat perak temasya Olimpik Rio dalam acara beregu campuran bersama Chan Peng Soon akan bagaimanapun diberi tanggungjawab bersama dengan atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad.

"Betul ke? Sudah rasmi ke perkara ini. Saya memang tidak tahu nama saya terpilih sebagai pembawa bendera Olimpik.

"Jika betul, ini satu penghormatan kepada saya untuk saya teruskan perjuangan di Tokyo nanti," katanya.

Untuk rekod Liu Ying adalah atlet wanita kedua diberi penghormatan menjadi pembawa jalur gemilang selepas Pandelela Rinong semasa Sukan Olimpik London 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Mei 2021 @ 11:28 PM