JONNY Evans (dua kiri) menjaringkan gol penyamaan menewaskan penjaga gol Southampton, Alex McCarthy. FOTO AFP
JONNY Evans (dua kiri) menjaringkan gol penyamaan menewaskan penjaga gol Southampton, Alex McCarthy. FOTO AFP
AFP

Southampton: Leicester terlepas peluang untuk mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga Liga Perdana selepas sekadar seri 1-1 ketika beremu Southampton yang beraksi dengan 10 pemain di St Mary's, hari ini.

Southampton terpaksa beraksi selama 80 minit tanpa pertahanan, Jannik Vestergaard selepas dia di buang padang kerana mengasari Jamie Vardy.

Bagaimanapun gol menerusi sepakan penalti James Ward-Prowse pada separuh masa kedua meletakkan skuad bimingan Ralph Hasenhuttl di depan sebelum Jonny Evans menyamakan kedudukan untuk Leicester.

Leicester ketika ini kekal di tangga ketiga namun Chelsea berpeluang merapatkan jurang kepada hanya dua mata saja jika mereka dapat menewaskan Fulham awal pagi esok.

Leicester perlu kekal menduduki tempat ketiga untuk menjamin tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Tempat keempat juga mungkin sudah mencukupi untuk skuad bimbingan Brendan Rodgers tetapi mereka hanya berbaki empat perlawanan bagi menjamin tempat ke pentas elit Eropah itu.

"Sedikit mengecewakan tetapi saya tidak rasa kami sudah melakukan secukupnya untuk melakar kemenangan.

"Peluang terbaik bertemu lawan yang beraksi dengan 10 pemain dan kebiasaannya kami dapat memanfaatkan peluang itu.

"Kredit kepada Southampton. Mereka bertahan dengan baik dan mengecewakan kami." kata Rodgers.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 7:34 AM