Julian Nagelsmann. FOTO Agensi
Julian Nagelsmann. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Julian Nagelsmann akan mengambil alih jawatan sebagai jurulatih Bayern Munich musim depan bagi menggantikan Hansi Flick, umum juara Jerman itu, hari ini.

Nagelsmann, 33, yang berpindah dari RB Leipzig menerusi kontrak lima tahun selepas Flick, yang memiliki hubungan dingin dengan pengarah sukan berpengaruh kelab itu, Hasan Salihamidzic, meminta dilepaskan daripada kontrak.

"Saya yakin bahawa masa depan sukan di Bayern akan bertambah cemerlang dengan kehadiran Julian Nagelsmann," kata bekas penjaga gol kelab itu, Oliver Kahn yang akan meneruskan tugas Karl-Heinz Rummenigge sebagai pengerusi Bayern tahun depan menurut laman web kelab itu.

Nagelsmann tidak pernah menyembunyikan keinginan untuk menjadi jurulatih Bayern, terutama apabila dia berasal dari wilayah Bavaria.

Musim lalu, dia mengetuai Leipzig ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan musim ini skuadnya menggantikan Borussia Dortmund sebagai pencabar utama gelaran buat Bayern.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 8:23 PM