Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (kanan) pada salah satu aksi Liga Europa. FOTO Agensi
Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (kanan) pada salah satu aksi Liga Europa. FOTO Agensi
AFP

London: Bruno Fernandes menyertai debat mengenai kemarahan terhadap isu Liga Super Eropah ketika pemain tengah Manchester United itu tampil menjawab persoalan mengenai perancangan kontroversi berkenaan.

United antara salah satu daripada 12 kelab yang bersetuju untuk menyertai liga berasingan itu, yang disasarkan untuk menggantikan Liga Juara-Juara.

Manchester City, Arsenal, Liverpool, Tottenham dan Chelsea kelab Liga Perdana yang turut terbabit dengan Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid, Juventus, AC Milan dan Inter Milan turut menyatakan persetujuan.

Kritikan terhadap tindakan itu memuncak dari seluruh arena bola sepak, dengan presiden UEFA, Aleksander Ceferin mendedahkan dia mempertimbangkan tindakan menggantung pasukan dan pemain yang terbabit daripada liga kelolaannya dan mendesak liga domestik turut melakukan perkara sama.

Bintang Portugal, Fernandes menjadi antara pemain awal daripada kelab Liga Perdana yang terbabit meluahkan pendapat di Instagram yang dikongsi dari pemain sayap Wolves, Daniel Podence.

Rakan senegara Fernandes itu mengutuk mengenai liga berasingan berkenaan apabila dia mencatat mengenai Liga Juara-Juara: "Bola. Lagu. Impian. Sepakan voli Zidane. Larian solo Kaka. Liverpool di Athens. Ole di Barcelona. Cris dan Seedorf. Ada sesuatu yang kita tidak boleh beli dengannya."

Fernandes membalas: "Terlalu besar" dan berkongsi posting berkenaan di Instagram story peribadinya, termasuk perkataan: "Impian tidak boleh dibeli."

Kemungkinan pemain boleh digantung daripada tampil di Piala Dunia dan Kejohanan Eropah akan datang jika mereka mengambil bahagian dalam Liga Super, Fernandes antara pemain utama yang menyatakan perasaan tidak gembira mengenai perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 8:07 AM