Penyerang Liverpool, Sadio Mane (tengah),  meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Perdana berdepan Leeds. FOTO Agensi
Penyerang Liverpool, Sadio Mane (tengah), meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Perdana berdepan Leeds. FOTO Agensi
AFP

Leeds, United Kingdom: Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 di ke atas Leeds United pagi ini dalam perlawanan yang dibayangi kemarahan pada kelab dari Merseyside yang merancang menyertai saingan Liga Super Eropah (ESL).

Keputusan seri meninggalkan pasukan di tangga keenam Liverpool dua mata di belakang pasukan di tempat keempat West Ham dalam Liga Perdana.

Reds memperoleh jaringan pembukaan sebelum waktu rehat menerusi Sadio Mane sebelum Diego Llorente menyamakan kedudukan dengan gol pertamanya bersama Leeds menerusi tandukan selepas menerima bola daripada penjuru padang tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Saingan kelompok empat teratas Liga Perdana berada di penghujung dengan kebiasaannya empat kelab Inggeris mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA bagi musim depan.

Tetapi jika juara enam kali Eropah, Liverpool menamatkan saingan di empat tempat teratas, mereka mungkin dilarang daripada kejohanan itu kerana bertelagah dengan UEFA, badan induk bola sepak benua berkenaan selepas muncul satu daripada 12 pasukan merancang mewujudkan ESL.

Menurut cadangan berkenaan, 15 pasukan asal akan melengkapkan kejohanan 20 pasukan setiap tahun tanpa perlu melalui kelayakan.

Penyokong Leeds dan Liverpool melakukan protes di luar Elland Road sebelum sepak mula manakala kain rentang bertulis: "Dapatkan ia di padang. Bola sepak ialah untuk peminat."

Pemain Leeds juga memakai kemeja T sebelum perlawanan memaparkan mesej sama manakala pesawat melintasi venue berkenaan membawa mesej "#SayNoToSuperLeague."

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang sebelum ini tidak bersetuju dengan penubuhan ESL, bergelut untuk menyatakan pembabitan kelabnya dalam kejohanan baharu dicadangkan itu ketika sidang media bersama Sky Sports.

"Satu perkara yang saya faham dan bahawa orang merasakan adalah tidak betul mengenai tahap kompetitif itu, saya faham," katanya.

Ironiknya, tiada kelab dari negara kelahiran Klopp iaitu Jerman mengambil bahagian, dengan gergasi Eropah, Beyeran Munich memberi penjelasan mereka sangat gembira dengan struktur terkini dalam bola sepak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 7:38 AM