MANE dan Salah tetap pamer komitmen tinggi di bulan Ramadan. FOTO Agensi
MANE dan Salah tetap pamer komitmen tinggi di bulan Ramadan. FOTO Agensi
Agensi

London: Berpuasa di bulan Ramadan bukan halangan kepada bintang bola sepak beragama Islam untuk mempamerkan kesungguhan ketika perlawanan dan sesi latihan. Tiada sebarang alasan diberikan dan komitmen tinggi tetap dipamerkan ketika beberapa pemain seperti Mo Salah, Sadio Mane, Karim Benzema dan Riyad Mahrez terbabit dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara bersama kelab masing-masing walaupun pada waktu siangnya mereka menahan lapar dan dahaga.

Ini diakui sendiri pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang amat menghormati dan memahami pendirian pemainnya yang beragama Islam ketika bulan Ramadan.

"Tiada sebarang masalah dengan amalan berpuasa di kalangan pemain saya. Saya menghormati agama mereka dan mereka sentiasa menyenangkan saya. Komiten mereka tidak perlu diragui dan pasti memberi yang terbaik sama ada berpuasa atau tidak,'' kata Klopp mengenai Mane dan Salah.

"Ada ketikanya Mane atau Salah masuk ke bilik persalinan untuk bersembahyang. Ya, dalam kehidupan ini terdapat banyak perkara yang lebih penting daripada bola sepak,'' tegas Klopp. Liverpool akan berdepan misi getir menentang Real Madrid pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Anfield esok.

Tahun lalu, Mo Salah berkongsi di Instagram mengenai latihan pemanas badannya pada jam 2.40 pagi ketika Ramadan dan penyokong menganggap dia mengubah jadual rutinnya bagi diseimbangkan dengan ibadah puasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 April 2021 @ 2:14 PM