RAMOS hanya dibenarkan untuk kembali bersama rakan sepasukan di Madrid sekiranya ujian seterusnya mendapati dia negatif. FOTO EPA
RAMOS hanya dibenarkan untuk kembali bersama rakan sepasukan di Madrid sekiranya ujian seterusnya mendapati dia negatif. FOTO EPA
AFP

Madrid: Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos, yang tidak beraksi minggu ini dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Liverpool akibat kecederaan betis, disahkan positif Covid-19.

"Pemain kami, Sergio Ramos diuji positif pada ujian terakhir Covid-19 yang dilaluinya," jelas kelab berkenaan dalam satu pengumuman.

Ramos adalah pemain kedua Real Madrid disahkan positif untuk tempoh seminggu.

Pertahanan Perancis, Raphael Varane sebelum ini juga disahkan positif Rabu lalu.

Varane masih lagi belum mendapat lampu hijau untuk kembali menyertai rakan sepasukannya.

Ramos mengalami kecederaan betis kiri ketika beraksi dengan Sepanyol dalam perlawanan antarabangsa.

Akibat positif ini bermakna Ramos harus diasingkan daripada rakan sepasukannya sehinggalah dia diuji negatif.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 9:45 PM