STALLONE (kiri) terpaksa mengakui kehebatan dan keupayaan yang dimiliki Pele. FOTO Agensi
STALLONE (kiri) terpaksa mengakui kehebatan dan keupayaan yang dimiliki Pele. FOTO Agensi
Agensi

London: Bintang Hollywood, Sylvester Stallone mendedahkan jarinya patah ketika cuba menampan sepakan penalti Pele ketika penggambaran filem Escape to Victory.

Filem pada tahun 1981 itu mengisahkan sekumpulan tawanan perang tentera bersekutu beraksi menentang pasukan Nazi, yang dibintangi Stallone dan legenda Brazil itu, Pele.

Ketika mempromosikan filem terbarunya, Grudge Match, bintang filem Rocky itu berkongsi kisah bagaimana Pele dengan bersahaja mematahkan jarinya hanya melalui sepakan penalti.

"Ia adalah salah satu peristiwa yang merendahkan martabat saya.

"Satu sepakan padu yang saya peroleh. Akibatnya jari saya mata ketika cuba menahan rembatan Pele.

"Dia menyarung sepang kasut Perang Dunia Kedua, yang terdapat besi di bahagian hujungnya dan bola rembatannya seperti peluru meriam. Ketebalan bola ketika itu pula dua kali ganda dan lebih berat berbanding sekarang.

"Beliau memberitahu saya untuk mengambil sepakan dan saya hanya terfikir ia bola sepak, buat apa hendak takut. Mudah saja.

"Beliau mengambil sepakan penalti dan memberitahu saya ke mana arah bola berkenaan akan ditujui, jadi saya hanya berdiri di situ namun bola tetap berjaya melepasi saya, sebelum saya dapat bergerak.

"Sekali lagi beliau memberitahu saya arah bola yang akan disepaknya. Kali ini ia menyebabkan jaring pintu gol terkoyak dan cermin di berek yang kami gunakan untuk penggambaran pecah. Saya terkedu dan terus memberi penghormatan kepadanya," kata Stallone.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 9:35 PM