Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic meninggalkan padang sementara pengendalinya Stefano Pioli meluahkan rasa tidak puas hati pada aksi berdepan Parma. FOTO AFP
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic meninggalkan padang sementara pengendalinya Stefano Pioli meluahkan rasa tidak puas hati pada aksi berdepan Parma. FOTO AFP
AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic mencipta dua gerakan menghasilkan gol babak pertama sebelum diperintah keluar padang selepas 60 permainan ketika aksi 10 pemain AC Milan menewaskan Parma, 3-1 pagi ini untuk menghidupkan peluang bersaing di Liga Juara-Juara.

Pemain Sweden berusia 39 tahun dilayangkan kad merah kerana membantah keputusan pengadil di Stadio Ennio Tardini ketika pasukannya mendahului dua gol.

Riccardo Gagliolo merapatkan kedudukan jaringan buat kelab yang berdepan ancaman penyingkiran Parma beberapa minit selepas Ibrahimovic diperintah keluar padang, sebelum Rafael Leao menambah jaringan ketika Milan pada masa kecederaan.

Pasukan di tangga kedua Milan merapatkan jurang kepada lapan mata dengan pendahulu Inter, yang akan melayang kunjungan pasukan di tangga ke-18 Cagliari hari ini.

Anak buah Stefano Pioli memburu peluang untuk kembali ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak musim 2013-2014.

Penyandang juara, Juventus empat mata di belakang Milan di tangga ketiga sebelum berdepan Genoa hari ini, ketika pasukan di tangga keempat Atalanta pula beraksi menentang Fiorentina.

"Ia adalah kemenangan yang penting," kata Pioli. "Ibra memberitahu saya bahawa dia tidak menghina pengadil itu.

"Dia memberitahu perkara terakhir yang dikatakan kepada (pengadil Fabio) Maresca adalah: 'Jadi anda tidak peduli apa yang saya katakan?'.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 7:22 AM