Penyokong Kedah Hafizuddin Mahadzir dari Sungai Petaniantara penyokong terawal hadir ke Stadium Darul Aman FOTO Izzali Ismail
Penyokong Kedah Hafizuddin Mahadzir dari Sungai Petaniantara penyokong terawal hadir ke Stadium Darul Aman FOTO Izzali Ismail
Izzali Ismail


Alor Setar: Stadium Darul Aman kembali bergema dengan kehadiran penyokong skuad Hijau Kuning apabila 6,000 keping tiket habis dibeli secara dalam talian oleh penyokong bagi memberi sokongan pada aksi Liga Super membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Terengganu FC (TFC) malam ini.

Menerusi tinjauan di perkarangan stadium, penyokong dilihat hadir seawal jam 4 petang sebagai langkah persediaan dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan ke stadium.

Seorang penyokong Kedah, Hafizuddin Mahadzir dari Sungai Petani yang juga antara penyokong terawal hadir sekitar 4 petang, pematuhan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjadi garis panduan cukup berguna bagi penyokong yang hadir ke stadium.

"Bersyukur selepas setahun tak dapat masuk ke stadium inilah masanya saya 'lepas geram' untuk kembali menyaksikan aksi pasukan kesayangan di depan mata.

"Diharap dengan kepatuhan yang akan dilaksanakan penyokong ini dapat meningkatkan lagi jumlah penyokong ke stadium pada masa depan memandangkan sambutan penyokong Kedah cukup ramai.

Dalam perkembangan yang sama Pegawai Infrastrutur KDA FC, Mohamad Faraok Ismail berkata segala persiapan sudah diatur pihaknya dengan mengadakan mesyuarat dengan pihak berwajib termasuk PDRM, MKN, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan lain-lain semalam berkaitan pematuhan SOP dan keselamatan membabitkan kemasukan penonton ke stadium.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 April 2021 @ 8:20 PM