Roberto Firmino (kanan) menjaringkan gol buat Liverpool ketika berdepan Spurs. FOTO AFP
Roberto Firmino (kanan) menjaringkan gol buat Liverpool ketika berdepan Spurs. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Atletico Madrid dilaporkan berminat dengan perpindahan membabitkan penyerang Liverpool, Roberto Firmino sebagai sebahagian daripada perjanjian yang mungkin menyaksikan Luis Suarez kembali ke bekas kelabnya.

Suarez dikaitkan dengan kepulangan sensasi ke Anfield sejak beberapa hari lalu, tujuh tahun selepas meninggal Liverpool untuk ke Barcelona.

Atletico menandatangani pemain antarabangsa Uruguay dari Barca dengan yuran rendah pada musim panas lalu dan dia sudah menjaringkan 19 gol dalam 25 penampilan di La Liga.

Menurut laporan media Sepanyol, Atletico bimbang kehilangan penyerang prolifik pada penghujung kempen dan berusaha mereka mendapat pulangan.

Atletico yang kini di landasan tepat untuk kejuaraan kedua liga dalam tempoh tujuh tahun, mungkin bersedia tampil bersama tawaran buat Firmino sebagai pengganti Suarez.

Firmino memasuki musim keenam bersama Liverpool dan meledak enam gol pada kempen kali ini berbanding 10 gol pada 2019-20.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 11:38 PM