RONALDO berang jaringannya tidak dikira. FOTO EPA
RONALDO berang jaringannya tidak dikira. FOTO EPA
AFP

Belgrade: Jurulatih Portugal, Fernando Santos berkata 'bukanlah sesuatu yang mustahil' gol dijaringkan Cristiano Ronaldo yang pada pandangannya jelas masuk ketika kempen kelayakan Piala Dunia menentang Serbia hari ini tidak dikira.

Dengan kedua-dua pasukan pada satu ketika seri 2-2 di Belgrade, Ronaldo berasakan dia berjaya mencetak gol kemenangan minit ke-93 menerusi rembatan rendah ke gawang lawan.

Bagaimanapun tanpa video bantuan pengadil (VAR) ataupun teknologi garisan gol, pengadil perlawanan memutuskan pertahanan Serbia, Stefan Mitrovic berjaya mengeluarkan bola itu sebelum ia melepasi garisan gol meskipun ulang tayang jelas menunjukkan bola sudah melepasi garisan.

"Kami menjaringkan gol yang tidak diberikan meskipun bola sudah masuk ke gawang gol," katanya Santos.

"Pada perlawanan di tahap ini, ia bukanlah sesuatu yang mustahil."

Portugal bermula baik apabila Diogo Jota meledak dua gol pada separuh masa pertama yang meletakkan mereka selesa memasuki babak kedua.

Bagaimanapun Aleksandar Mitrovic merapatkan jurang minit ke-46 sebelum Filip Kostic menyamakan kedudukan minit ke-60.

Sementara itu pemain tengah Portugal, Danilo Pereira turut terkejut dengan keputusan pengadil tidak membenarkan jaringan Ronaldo.

"Kami cuba mendapatkan gol ketiga dan berjaya melakukannya tetapi pengadil tidak membenarkannya meskipun pada pendapat saya jelas bola sudah masuk ke gawang gol," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 8:42 AM