Diego Armando Maradona Sinagra yang dikenali Diego Junior. FOTO AFP
Diego Armando Maradona Sinagra yang dikenali Diego Junior. FOTO AFP
AFP

Rome: Diego Armando Maradona Junior dari Itali anak kepada legenda bola sepak Argentina diberikan kerakyatan negara bapanya, hari ini.

Diego Junior, 34, bersara daripada bola sepak divisyen bawahan, melekapkan permohonan pasport dalam satu majlis di konsulat Argentina dekat Rome.

Bercakap kepada AFP dalam bahasa Sepanyol dengan diselangi loghat daerah Argentina, dia berkata dia berasa dirinya seperti separuh Neapolitan dan separuh lagi Argentina.

"Saya warga Neapolitan kerana saya sentiasa tinggal di Naples. Saya fikir warga Neapolitan sentiasa berfikir berbeza daripada Itali," kata Diego Junior.

"Dan 50 peratus lagi (adalah Argentina) kerana bapa saya sentiasa menerapkan kepada kami kecintaan kepada Argentina, rakyatnya dan mengenai negara itu."

Diego Junior dilahirkan dengan salah satu perkahwinan Maradona ketika dia beraksi untuk Napoli, dan bapanya mengenalinya selepas permohonan di mahkamah.

"Bapa saya sentiasa seseorang yang dapat memberikan kegembiraan kepada orang. Tidak hanya pemain bola sepak di padang... dia mempunyai karisma yang kadangkala membuatkan anda tidak dapat mengeluarkan kata-kata," menurutnya.

Maradona diiktiraf antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah sukan itu. Dia meninggal dunia pada usia 60 tahun pada November lalu, seminggu selepas menjalani pembedahan otak bagi mengeluarkan darah beku.

Dia menjadi idola di Argentina dan Naples, di mana dia beraksi dari 1984 hingga 1991 dan membantu kelab tempatan, Napoli menjulang hanya dua kejuaraan Serie A mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 11:22 AM