RONALDO dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. FOTO AFP
RONALDO dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. FOTO AFP
Agensi

London: Cristiano Ronaldo akan kekal di Juventus sehingga kontraknya tamat, menurut naib presiden Pavel Nedved.

Ia selepas terdapat laporan menyatakan penyerang sensasi itu akan kembali menyertai Real Madrid.

Bintang berusia 35 tahun itu menerima kritikan musim ini selepas Juventus selaku juara bertahan Serie A bergelut dalam saingan liga dan tersingkir awal di kempen Liga Juara-Juara.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane baru-baru ini pula berkata, kepulangan Ronaldo ke kelab itu mungkin benar.

"Dia mempunyai kontrak sehingga 30 Jun 2022 dan kekal bersama kelab ini. Bagi saya Ronaldo tidak boleh disentuh," kata Nedved.

Bekas pemain tengah Juventus dan Republik Czech itu juga menegaskan Andrea Pirlo akan kekal membimbing kelab Turin itu.

"Pirlo akan kekal sebagai jurulatih Juventus. Itu 100 peratus pasti.

"Kami komited bekerjasama menerusi projek dengan Pirlo. Kami mahu melakukan yang lebih baik daripada sekarang dan ia belum berjaya.

"Kami berada di landasan tepat seperti yang dimahukan. Pirlo mempunyai segala-galanya untuk menjadi jurulatih yang hebat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 1:22 PM