Pemain KDA FC meraikan jaringan Mohd Faizat Mohd Ghazli (tiga dari kiri) ketika menentang UiTM FC pada aksi Liga Super. FOTO Hairul Anuar Rahim
Pemain KDA FC meraikan jaringan Mohd Faizat Mohd Ghazli (tiga dari kiri) ketika menentang UiTM FC pada aksi Liga Super. FOTO Hairul Anuar Rahim

Shah Alam: Kedah Darul Aman (KDA) FC mencatat kemenangan tipis ke atas UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Frank Bernhardt masih gagal mencatat kemenangan selepas lima perlawanan dan hanya meraih satu mata setakat ini.

Pelawat yang mendominasi sebahagian besar permainan dan melancarkan beberapa percubaan tepat ke gawang UiTM FC namun tidak membuahkan hasil.

KDA FC dipaksa menunggu sehingga hujung babak pertama untuk meledak menerusi satu-satunya gol tunggal perlawanan selepas Faizat Ghazali menyudahkan hantaran Rabih Ataya daripada sepakan percuma pada minit ke-43.

Babak kedua, UiTM FC berdepan ujian getir untuk bangkit apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhd Farid Nezal dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-53. Sekalipun kedua-dua pasukan melancarkan beberapa deretan serangan namun kedudukan kekal 1-0 hingga wisel penamat dibunyikan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 11:56 PM