Pemain pertahanan Inter Milan, Danilo D'Ambrosio. FOTO Agensi
Pemain pertahanan Inter Milan, Danilo D'Ambrosio. FOTO Agensi
AFP

Milan: Pemain pertahanan Inter Milan, Danilo D'Ambrosio diuji positif Covid-19, umum pendahulu Serie A itu hari ini.

Pemain kebangsaan Itali berusia 32 tahun itu menjalani pengasingan kendiri di rumah selepas diuji positif ketika pusingan terakhir ujian pada Isnin.

"Pasukan itu kini mengambil langkah yang sepatutnya seperti ditetapkan pihak berkuasa kesihatan," menurut pasukan itu.

D'Ambrosio tidak beraksi menentang Torino pada Ahad selepas berasa tidak sihat ketika Inter menjarakkan kedudukan dengan sembilan mata di puncak liga selepas mencatat kemenangan 2-1.

Skuad kendali Antonio Conte akan melayan kunjungan Sassuolo ketika mereka mensasarkan kejuaraan liga yang pertama sejak 2010.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 10:22 PM