PELE (kanan) kagum dengan pencapaian Ronaldo. FOTO AFP
PELE (kanan) kagum dengan pencapaian Ronaldo. FOTO AFP
AFP

Milan: Pele mengucapkan tahniah kepada Cristiano Ronaldo yang memecahkan rekodnya menjaringkan gol dalam perlawanan rasmi.

Bintang Portugal itu meledak hatrik ketika membantu Juventus menang 3-1 dalam saingan Serie A menentang Cagliari sekali gus mengumpul 770 gol.

Pemain berusia 36 tahun itu memberitahu kepada pengikutnya seramai 270 juta orang di Instagram bahawa dia sekarang ini berhak merangkul rekod berkenaan selepas berjaya menyamainya sebelum ini pada 2 Mac lalu.

"Saya gembira dan bangga kerana jaringan yang dilakukan meletakkan saya sebagai penjaring terbanyak dunia, mengatasi rekod Pele, perkara yang tidak pernah saya impikan ketika membesar di Madeira," kata Ronaldo.

Legenda Brazil, 80, memuatnaik ucapan tahniah di Instagram yang mempunyai 5.8 juta pengikut.

"Tahniah kerana memecahkan rekod saya menjaringkan gol dalam perlawanan rasmi.

"Saya sangat kagum dengan anda, saya suka melihat anda beraksi dan ia tidak lagi rahsia buat semua orang.

"Cuma saya kesal tidak dapat memeluk anda," kata Pele satu-satunya pemain yang berjaya menjulang trofi Piala Dunia sebanyak tiga kali dan meledak 1,283 gol termasuk dalam perlawanan tidak rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 1:31 PM