YANNICK Carrasco (kiri) cuba melepasi pertahanan Getafe, Nyom dalam aksi yang berkesudahan seri tanpa jaringan. FOTO EPA
YANNICK Carrasco (kiri) cuba melepasi pertahanan Getafe, Nyom dalam aksi yang berkesudahan seri tanpa jaringan. FOTO EPA
AFP

Madrid: Atletico Madrid sekali lagi melepaskan peluang di La Liga selepas gagal menggunakan kesempatan apabila Getafe beraksi dengan 10 pemain dengan hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Keputusan berkenaan seakan memberi pembakar semangat buat Barcelona dan Real Madrid dalam perlumbaan untuk menjadi juara liga.

Real Madrid bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan Elche 2-1 selepas Karime Benzema meledak dua gol di hujung saingan, sekali gus merapatkan jurang hanya enam mata di belakang Atletico.

Barcelona boleh merapatkan jurang dengan hanya empat mata di belakang pendahulu dengan mengalahkan Huesca Selesa ini.

Getafe terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Allan Nyom diperintah keluar padang pada minit ke-70 sebelum percubaan Luis Suarez terkena tiang dan Moussa Dembele dua kali melepaskan peluang untuk menjaringkan gol.

Mereka gagal mencari penyelesaian untuk meledak jaringan, ini bermakna pasukan bimbingan Diego Simeone hanya mencatatkan dua kemenangan daripada tujuh aksi terakhir dalam semua kejohanan, tatkala Khamis ini mereka akan berkunjung ke Chelsea bagi saingan Liga Juara-Juara.

Atletico perlu bangkit untuk menukar defisit ketinggalan 0-1 di Stamford Bridge.

"Kami melakukan segala-galanya yang termampu namun bola tidak masuk ke dalam gol. Kami hanya berpuas hati dengan meraih satu mata," kata penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

"Ia adalah perlawanan yang saya harapkan. Bagaimanapun, satu mata tetap membolehkan kami bergerak ke depan," kata Simeone.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 11:03 AM