Pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum. FOTO Agensi
Pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum. FOTO Agensi
AFP

London: Georginio Wijnaldum berkata dia mungkin berasa 'kecewa' jika terpaksa meninggalkan Liverpool selepas memasuki beberapa bulan terakhir kontraknya ketika tiada tawaran perjanjian baharu dibuat.

Pemain antarabangsa Belanda itu sudah lama dikaitkan dengan Barcelona dan bergabung semula dengan bekas pengendali skuad kebangsaan, Ronald Koeman.

Wijnaldum yang bercakap sebelum perlawanan kedua Liga Juara-Juara (UCL) membabitkan Liverpool menentang RB Leipzig esok, berkata dia tidak boleh memberikan jawapan pasti mengenai masa depannya.

"Perkara paling penting adalah kembali ke landasan sebenar dan menang semula perlawanan, dan kami akan lihat selepas itu," kata pemain tengah itu yang menang Liga Juara-Juara serta Liga Perdana Inggeris di bawah kendalian Jurgen Klopp.

"Saya sangat gembira di sini dan keluarga saya gembira di sini, tapi tiada berita.

"Namun ia akan pasti mengecewakan jika saya tidak lagi bermain dengan pasukan ini, itu sudah pasti."

Pemain berusia 30 tahun itu melakukan 224 penampilan bersama Liverpool sejak lima tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 10:20 AM