Aksi pemain Arsenal, Granit Xhaka ketika perlawanan Liga Perdana berdepan Burnley. FOTO Agensi
Aksi pemain Arsenal, Granit Xhaka ketika perlawanan Liga Perdana berdepan Burnley. FOTO Agensi
Agensi

London: Granit Xhaka mengharungi satu lagi hari yang sukar dilupakan berdepan Burnley ketika kesilapannya membolehkan Chris Wood menyamakan kedudukan untuk memaksa keputusan seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, sebentar tadi.

Xhaka, yang diperintah keluar padang ketika kekalahan skuad Gunners kepada Burnley Disember lalu, menerima hantaran pendek penjaga gol, Bernd Leno dan cuba melakukan lambungan kepada David Luiz dalam kawasan penalti.

Bagaimanapun, tindakannya itu berjaya memberi ruang kepada Wood memperoleh gol penyamaan selepas gol awal dijaringkan penyerang sensasi Gunners, Pierre-Emerick Aubayemang seawal minit keenam permainan.

Beberapa peluang turut dipersiakan Aubameyang dan Bukayo Saka untuk melebarkan jaringan.

Burnley pula memperoleh peluang terbaik menjaringkan gol dan hampir mengubah nasib pasukan namun percubaan Wood ketika berdepan satu lawan satu juga tersasar.

Arsenal kini berada di kedudukan ke-10 dengan mendahului lapan mata daripada Burnley di tempat ke-15 liga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 11:04 PM