Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (tengah) dalam aksi Serie A berdepan Napoli, Sabtu lalu. FOTO Agensi
Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (tengah) dalam aksi Serie A berdepan Napoli, Sabtu lalu. FOTO Agensi
AFP

Porto, Portugal: Kepulangan Cristiano Ronaldo ke negara kelahirannya Portugal buat pertama kali sebagai pemain Juventus dan akan berdepan Porto pada awal pagi Khamis ini, tatkala gergasi Itali itu menentang antara kelab terkuat Eropah pada aksi Liga Juara-Juara.

Di atas padang, Juve masih mencari keserasian dengan pengendali baharu, Andrea Pirlo namun mereka mahukan kegemilangan di Eropah selepas kalah lima final Liga Juara-Juara sejak kali terakhir memenanginya pada 1996.

Sementara itu, di luar padang, Pengerusi mereka, Andrea Agnelli menjadi seorang daripada individu yang merancang perubahan untuk saingan kelab elit benua itu.

Juventus mendominasi Serie A sejak dekad lalu tanpa menang Liga Juara-Juara.

Dalam pada itu, Porto pula menjadi kelab tunggal bukan dari liga 'Lima Terbesar' berada dalam kelompok 16 terakhir dengan kedua-duanya menang kejuaraan Eropah sebanyak dua kali.

Buat kelab dari Turin itu, kejayaan di Eropah musim ini tampak lebih penting ketika dominasi domestik semakin berkurangan ketika harapan Pirlo untuk kemenangan ke-10 Scudetto berdepan masalah.

Kekalahan 0-1 kepada Napoli, Sabtu lalu menyebabkan Juventus ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Inter Milan, walaupun memiliki kelebihan satu perlawanan.

"Kekalahan tidak akan melemahkan kami. Mari kuatkan semangat dan fikirkan mengenai Liga Juara-Juara." kata Ronaldo.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 12:00 PM