MBAPPE (kiri) meledak satu gol ketika PSG mengalahkan Marseille 2-0. FOTO AFP
MBAPPE (kiri) meledak satu gol ketika PSG mengalahkan Marseille 2-0. FOTO AFP
AFP

Paris: Kylian Mbappe membantu Paris Saint Germain (PSG) mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan bermasalah, Marseille bagi membolehkan mereka merapatkan kedudukan tiga mata dengan pendahulu Ligue 1, Lille yang sebelum itu menang buat kali keenam berturut-turut.

Mbappe melakukan larian deras sebelum meledak gol pendahuluan hasil gerakan serangan balas pantas pada minit kesembilan di Velodrome, sebelum Mauro Icardi menambah gol kedua buat pasukan bimbingan Mauricio Pochettino.

Kejayaan itu diraih walaupun Neymar yang menyambut hari jadi Sabtu lalu hanya masuk sebagai pemain gantian selepas terlepas sesi latihan akibat sakit perut.

PSG kekal di tangga ketiga, satu mata kurang di belakang Lyon dan tiga mata ditinnggalkan Lille yang sebelum itu mengalahkan Nantes 2-0.

Marseille terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Dimitri Payet diperintah keluar padang mereka tergelincir ke tangga kesembilan selepas hanya menang sekali dalam 11 perlawanan.

PSG akan berkunjung ke Barcelona bagi saingan Liga Juara-Juara pada 16 Februari namun Mbappe mengakui bahawa tumpuan mereka sekarang ini masih kekal kepada saingan domestik selepas mereka akan beraksi di Piala Perancis pada pertengahan minggu ini dan melayan kunjungan Nice di hujung minggu.

"Pada tahun sebelum ini kami boleh menumpukan perhatian yang lebih kepada Liga Juara-Juara namun tahun ini kami harus kekal fokus kepada saingan liga kerana kami sedang mengejar.

"Mungkin ia tidaklah perkara yang teruk kerana kami dikerah bermain dengan intensiti dalam setiap perlawanan. Jadi anda tidak akan rasa terkejut apabila perlu turun beraksi di Liga Juara-Juara," katab

"But maybe that's not a bad thing because we are forced to play with intensity in every game and that can mean that you're not taken by surprise when it comes to the Champions League."

'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2021 @ 9:18 AM