EPA

Barcelona: Ronald Koeman mengakui Barcelona setakat ini tidak berada di kedudukan mampu memenangi banyak kejuaraan.

Ketua jurulatih Barcelona itu bercakap pada sidang media menjelang perlawanan bertemu Athletic Bilbao awal pagi esok.

Kelab Catalan itu ketika ini menduduki tempat keempat dengan 37 mata, 10 mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid.

"Kami perlu lebih realistik dan sedar di mana kedudukan kami, perubahan yang dilakukan dan barisan pemain muda yang kami miliki.

"Saingan liga nampak sukar apabila melihat perbezaan jaringan dengan Atletico Madrid. Di saingan Liga Juara-Juara pula tidak ada pasukan pilihan," kata jurulatih dari Belanda itu.

Berhubung laporan menyatakan pemain tengah Manchester City, Eric Garcia menjadi sasaran utama Barcelona, Koeman mendakwa kurang mengetahui berita itu.

"Tapi amat penting untuk mempunyai seseorang yang mampu meningkatkan prestasi pasukan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui ada bercakap bersama pengurus Manchester City, Pep Guardiola menerusi telefon untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran ke-50.

"Tidak ada bercakap mengenai Eric Garcia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 12:20 PM
KOEMAN mengakui Barcelona berada di kedudukan sukar ketika ini. FOTO EPA
KOEMAN mengakui Barcelona berada di kedudukan sukar ketika ini. FOTO EPA