Madrid: Real Madrid berdepan kekalahan mengejut dalam saingan Piala Super Sepanyol pagi ini ketika Athletic Bilbao beroleh kemenangan 2-1 di Malaga untuk mara ke final pada awal pagi Isnin ini berdepan Barcelona.
Raul Garcia meledak dua gol pada separuh masa pertama, dengan jaringan kedua dihasilkan menerusi penalti dan ketika Karim Benzema merapatkan kedudukan jaringan bagi juara bertahan, Bilbao berjaya bertahan untuk mencatat kemenangan di bawah kendalian jurulatih baru mereka, Marcelino Garcia Toral.
Bilbao tewas 2-3 kepada Barca dalam saingan La Liga hanya minggu lalu, dengan Lionel Messi menjaringkan dua gol di San Mames, kini mereka berpeluang membalas dendam ke atas skuad kendalian Ronald Koeman, dengan perjuangan untuk merangkul trofi di Seville.
"Kami hanya kurang 90 minit daripada memenangi kejuaraan," kata Marcelino.
"Ia mungkin menakjubkan dan lebih baik jika dapat menewaskan Real Madrid dan Barcelona."
Jurulatih Real, Zinedine Zidane tidak kecewa kekalahan itu.
"Ia bukan kegagalan," katanya. "Anda tidak boleh menang setiap perlawanan."