IBRAHIMOVIC sudah pulih daripada kecederaan. FOTO AFP
IBRAHIMOVIC sudah pulih daripada kecederaan. FOTO AFP
AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic berada dalam senarai skuad AC Milan bagi menghadapi Torino pada aksi Serie A selepas berehat tujuh minggu akibat kecederaan.

Pemain berusia 39 tahun itu yang terlepas beraksi sepanjang lapan perlawanan lalu, pada mulanya hanya dijangka kembali beraksi minggu depan apabila bertemu Cagliari.

Ibrahimovic menjaringkan 10 gol sepanjang enam perlawanan liga sebelum mengalami kecederaan paha selepas menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya melakar kemenangan 3-1 ke atas Napoli, 22 November lalu.

Skuad bimbingan Stefano Pioli yang kini memimpin liga mempunyai beberapa pemain yang mengalami kecederaan menjelang perlawanan dengan Torino manakala Inter Milan hanya ketinggalan satu mata di tempat kedua.

Pemain tengah Turki, Hakan Calhanoglu turut disenaraikan di sebalik berdepan kecederaan buku lali ketika tewas 1-3 kepada juara bertahan, Juventus.

Bagaimanapun Matteo Gabbia, Ismael Bennacer dan Alexis Saelemaekers kekal direhatkan kerana kecederaan manakala penyerang, Ante Rebic sedang pulih daripada virus Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 10:57 PM