ROBERTO Firmino (tengah) cuba mengawal bola ketika aksi pusingan ketiga Piala FA. FOTO EPA
ROBERTO Firmino (tengah) cuba mengawal bola ketika aksi pusingan ketiga Piala FA. FOTO EPA
AFP

London: Liverpool terselamat daripada ancaman Aston Villa yang terkesan akibat Covid-19 untuk mara ke pusingan keempat Piala FA apabila menang 4-1 berdepan layan yang tidak menurunkan pasukan utama selepas kesan daripada pandemik yang melanda bola sepak England.

Villa menurunkan kesemua pemain muda dan juga tanpa pengendali mereka Dean Smith selepas kelab itu dilanda penularan Covid-19 awal minggu ini.

Secara keseluruhannya 14 pemain Villa tidak dapat diturunkan. Sembilan pemain dan lima kakitangan diuji positif memaksa kelab Liga Perdanan itu menutup tempat latihan pada Khamis lalu kerana wabak berkenaan.

Liverpool menurunkan pasukan terkuat pada aksi pusingan ketiga di Villa Park namun barisan pemain muda Villa tidak menghampakan.

Empat pemain yang diturunkan Villa masih belum lahir ketika pemain tengah Liverpool James Milner membuat penampilan profesional bersama Leeds pada 2002.

Namun mereka memberi kejutan kepada Liverpool apabila Louie Barry menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan Sadio Mane.

Bagaimanapun juara Liga Perdana itu kemudiannya membalas dengan tiga gol dalam tempoh lima minit pada babak kedua.

Georginio Wijnaldum meledakkan gol sebelum Mane dan Mohamed Salah mengesahkan kemenangan pertama dari empat perlawanan buat skuad kendalian Jurgen Klopp.

"Budak-budak itu bermain dengan sangat baik. Kami mempunyai masalah menghantar bola dan bergerak. Banyak bola di tempat yang salah dan tidak cukup untuk mengawal semua hantaran.

"Kami mempunyai peluang untuk sepakan tepat ke gol. Ia sedikit berkara tapi lebih baik pada babak kedua. Kami mempunyai ramai pemain yang tiada rentak."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 8:57 AM