ZORC buru kemenangan. FOTO AGENSI
ZORC buru kemenangan. FOTO AGENSI
AFP

Berlin: Borussia Dortmund memburu kemenangan ke atas pasukan yang kini menduduki tangga kedua liga RB Leipzig Sabtu ini untuk kembali mengejar gelaran juara Bundesliga.

Pada perlawanan esok, Dortmund akan bertemu Leipzig dalam misi memburu kemenangan dan tegas pengarah sukan, Michael Zorc, mereka perlu mengejar kemenangan untuk mengurang jurang lapan mata di belakang pendahulu Bayern.

Jaringan lewat perlawanan dari Jadon Sancho memastikan kemenangan 2-0 ke atas Wolfsburg Ahad lalu namun Dortmund berkedudukan tempat keempat selepas tewas kepada Stuttgart dan Union Berlin Disember lalu sekali gus menggugat harapan untuk muncul juara liga.

Dortmund perlu mengatasi kebiasaan mereka melepaskan gol apabila diberi set piece yang menimbulkan kritikan dalam skuad.

"Sudah selalu kami tidak bermain bola sepak seperti orang dewasa dan cara kami menyebabkan kami sering kehilangan mata," kata pertahanan Dortmund, Mats Hummels.

Sementara di kedudukan teratas liga, jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick dapat mengumpul 100 mata liga dalam 39 perlawanan jika pendahulu itu menang ke atas Borussia Moenchengladbach hari ini.

Pep Guardiola satu-satu jurulatih Bundesliga yang dapat meraih jumlah mata yang dari perlawanan yang sama ketika mengendalikan Bayern pada 2013.

Manakala pasukan tercorot Schalke boleh menyamai rekod liga dengan 31 perlawanan tanpa sebarang kemenangan jika mereka tewas atau seri di tempat sendiri menentang Hoffenheim.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 11:04 AM