SANTO mengakui melakukan kesalahan mengkritik pengadil perlawanan. FOTO AGENSI
SANTO mengakui melakukan kesalahan mengkritik pengadil perlawanan. FOTO AGENSI
AFP

London: Pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo didenda AS$34,000 (RM136, 711) dan diberi amaran kerana kesalahannya mengkritik pengadil, Lee Mason.

Nuno berkata, Mason tidak cukup baik untuk menjadi pengadil perlawanan Liga Perdana selepas Wolves tewas 2-1 kepada Burnley pada 21 Disember ini.

Persatuan Bolasepak England berkata, Nuno menerima pertuduhan itu selepas sesi pendengaran berlangsung.

"Jurulatih (Wolves) mengakui bahawa memberi komen berkenaan selepas sesi temu bual selepas perlawanan dan ia adalah tindakan yang tidak wajar kerana secara peribadi menyinggung perasaan pegawai pertandingan dan melanggar peraturan FA Rule E3.1," kata kenyataan yang dikeluarkan.

Nuno, selepas perlawanan di Turf Moor, merujuk kepada Mason berkata: "Pengadil itu tidak mempunyai kualiti mengendalikan pertandingan Liga Perdana.

"Ia bukan mengenai kesalahan atau membuat keputusan, ia adalah mengenai cara beliau mengendalikan perlawanan.

"Kami bercakap mengenai pertandingan terbaik dan beliau sememangnya tidak layak untuk memegang wisel."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2021 @ 11:36 AM