SANCHO menjadi buruan Man United. FOTO AFP
SANCHO menjadi buruan Man United. FOTO AFP
Agensi

London: Manchester United percaya pertaruhan tidak memenuhi tuntutan sebanyak £107 juta (RM588.4 juta) yang diminta Borussia Dortmund untuk mendapatkan Jadon Sancho akan membuahkan hasil pada tahun ini dan kelab Old Trafford itu yakin mampu mendapatkan pemain sayap England itu dengan harga lebih murah.

United yakin dapat menandatangani Sancho pada awal September tahun lalu, malah pada satu ketika, kelab itu bersedia membayar sekitar £120 juta (RM659.9 juta) untuk mendapatkan pemain itu.

Bagaimanapun impak pandemik Covid-19 pada Mac lalu menyaksikan United enggan mendapatkan Sancho dengan harga melebihi £100 juta (RM549.9 juta) pada jendela perpindahan pemain.

United dikatakan masih berminat untuk mendapatkan Sancho dan kini pengurusan di Old Trafford percaya mereka berada dalam kedudukan terbaik untuk mendapatkan pemain itu pada tahun ini dengan harga di bawah £100 juta (RM549.9 juta).

Sancho sendiri difahamkan berminat untuk menyertai United namun percubaan pertama sebelum ini menemui kegagalan.

Malah kegagalan perpindahan itu juga dilihat menjejaskan prestasi Sancho yang masih belum menjaringkan gol di saingan Bundesliga setakat ini berbanding 17 gol pada musim lalu.

Satu sumber menyatakan United tidak risau dengan prestasi menurun Sancho, sebaliknya masih melihat pemain berusia 20 tahun itu sebagai prospek utama mereka.

Dortmund pula dilhat tidak mungkin akan menurunkan harga pemain itu tetapi United percaya situasi semasa akan memaksa Dortmund memikirkannya semula.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 11:06 AM