Penyerang Tottenham, Harry Kane (kiri) meraikan jaringan rakan sepasukannya pada aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Penyerang Tottenham, Harry Kane (kiri) meraikan jaringan rakan sepasukannya pada aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Agensi

London: Manchester City merancang melakukan bidaan mengejut sebanyak £90 juta (RM494.9j) bagi mendapatkan khidmat penyerang prolifik Tottenham, Harry Kane pada musim panas akan datang, menurut beberapa laporan.

Pengurus kelab berkenaan Pep Guardiola meluahkan pemilihan pemain Inggeris itu adalah untuk menggantikan penyerang veteran mereka, Sergio Aguero.

Kane menjadi salah seorang tonggak penyerang terbaik di dunia sejak beberapa musim lalu, meledak 20 gol atau lebih dalam semua kejohanan sejak enam musim lalu dan memenangi dua anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris.

Kapten England dan Spurs itu membentuk gandingan mantap bersama rakan di barisan depan Son Heung-min yang menjadi tunjang kejayaan Spurs pada permulaan musim ini.

Agensi dari Jerman, Bild mendakwa Guardiola bersedia mengambil langkah lanjut untuk membawa pemain itu ke Etihad.

Kane sebelum ini meluahkan hasratnya pada awal Mac lalu bahawa dia mengakui mungkin mempertimbangkan untuk meninggalkan White Hart Lane jika kelab itu tidak menunjukkan peningkatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 January 2021 @ 11:16 PM