BARISAN pemain Liverpool ketika meraikan kejayaan memenangi kejuaraan Liga Perdana, Julai lalu. FOTO AFP
BARISAN pemain Liverpool ketika meraikan kejayaan memenangi kejuaraan Liga Perdana, Julai lalu. FOTO AFP
Agensi

London: Liverpool menyembur minuman tanpa alkohol ketika meraikan kemenangan menjuarai Liga Perdana musim lalu.

Jordan Henderson mendedahkan, perubahan itu dilakukan bagi menghormati dua bintang mereka, Mohamed Salah dan Sadio Mane yang beragama Islam.

Liverpool meraikan kejuaraan liga buat kali pertama selepas 30 tahun menerusi satu upacara cukup istimewa di Anfield.

Percikan bunga api mewarnai langit di stadium dan minuman seakan arak disemburkan ke arah pemain ketika Henderson menjulang trofi.

Bagaimanapun kapten kelab itu mendedahkan ia bukanlah minuman arak sebenar.

Bercakap kepada The Times, Henderson berkata: "Ia adalah minuman tanpa alkohol kerana kami menghormati Mo dan Sadio.

"Ketika di bilik persalinan ia tidak berlaku tetapi mengapa tidak melakukannya ketika di luar?."

Henderson juga bercakap mengenai kepelbagaian di dalam bilik persalinan Liverpool.

"Saya melihat Sadio serta Mo dan dari mana asal mereka. Apa yang mereka raih bersama kelab amat menakjubkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 10:24 PM