Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. FOTO AFP
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic. FOTO AFP
Agensi

Milan: Penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic berkata dia belum bersedia untuk meninggalkan bola sepak lagi dan masih dahagakan lebih banyak kejayaan.

Penyerang AC Milan berusia 39 tahun itu, kini mendahului senarai penjaring terbanyak Serie A, di depan Cristiano Ronaldo dan Romelu Lukaku, dengan 10 gol daripada lapan perlawanan liga.

Ibrahimovic yang juga bekas pemain kebangsaan Sweden beraksi pada liga utama di tujuh negara dalam karier profesional yang bermula lebih dua dekad lalu.

"Saya akan terus berusaha sehingga saya tidak mampu melakukan perkara yang saya lakukan ini," katanya.

"Saya hanya perlu memastikan fizikal berada dalam keadaan baik dan selainnya akan ditangani dengan sendirinya."

AC Milan berada di puncak carta Serie A dan tanpa tewas selepas 10 perlawanan, lima mata mengatasi mencabar terdekat, Inter.

"Kami berada dalam prestasi menakjubkan - kami bermain baik, kami melakukannya dengan baik," kata Ibrahimovic, yang terlepas dua perlawanan selepas diuji positif Covid-19.

"Tetapi kami masih belum memenangi apa-apa, kami harus menyimpannya dalam minda."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2020 @ 10:09 AM