SOLSKJAER harap pemain United dapat melupakan kekecewaan tersingkir di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
SOLSKJAER harap pemain United dapat melupakan kekecewaan tersingkir di Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

London: Ole Gunnar Solskjaer berkata, aksi seteru setempat, Manchester 'bakal menawarkan perlawanan hebat' tatkala Manchester United bersedia untuk bangkit kembali selepas dikecewakan tersingkir di Liga Juara-Juara.

United sebelum ini sudah sebelah kaki ke peringkat kalah mati selepas membenam cabaran Paris Saint-Germain dan RB Leipzig pada dua aksi pembukaan namun kekalahan 2-3 di tempat lawan di Jerman menyebabkan mereka tersingkir dari kejohanan itu.

Solskjaer sekarang ini mengarapkan anak buahnya dapat bangkit semula di Old Trafford ketika berdepan City dan memburu kemenangan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri.

Red Devils berada di tempat keenam liga selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut, satu mata mengatasi City, yang mula menunjukkan kebangkitan selepas bermula dengan langkah sumbang musim ini.

Solskjaer berkata, pemainnya berasa kecewa selepas tersingkir di Liga Juara-Juara namun mereka harus meneruskan perjuangan seperti biasa.

"Ia adalah kumpulan yang sangat sengit dipisahkan dengan jurang kecil. Saya rasa anda dapat melihatnya dalam hampir semua perlawanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2020 @ 11:34 PM