Southgate (kiri) memberi arahan kepada Bellingham (kanan) sebelum beraksi pada perlawanan berdepan Republik Ireland di London semalam. FOTO AFP
Southgate (kiri) memberi arahan kepada Bellingham (kanan) sebelum beraksi pada perlawanan berdepan Republik Ireland di London semalam. FOTO AFP
Agensi

London: Jude Bellingham dijangka akan terus dikekalkan bersama skuad senior England bagi dua perlawanan akan datang.

Sensasi remaja Borussia Dortmund itu menjadi pemain muda ketiga Three Lions yang melakukan penampilan ketika pasukan itu mencatat kemenangan 3-0 ke atas Ireland.

Gareth Southgate mahu Bellingham, 17, dalam pasukannya pada pertembungan menentang Belgium bagi saingan Liga Negara-Negara awal pagi Ahad ini dan melayan kunjungan Iceland tiga hari kemudian.

Bellingham, yang menyertai Dortmund dari Birmingham dengan nilai £30 juta (RM163.2 juta) berkata: "Saya sangat gembira beraksi bersama rakan sepasukan yang lain. Saya fikir saya dapat belajar banyak perkara.

"Pengurus sangat bagus. Sangat hebat apabila semua pemain bintang ternyata membantu saya.

"Saya sangat gembira mempunyai keluarga di sini tetapi diharapkan semua orang berada dalam keadaan selesa di rumah.

"Kini saya meletakkan sasaran untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama pasukan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2020 @ 11:13 AM