Alexis Sanchez mengalami masalah fizikal hampir pada setiap kali menerima panggilan antarabangsa. FOTO Agensi
Alexis Sanchez mengalami masalah fizikal hampir pada setiap kali menerima panggilan antarabangsa. FOTO Agensi
AFP

Santiago: Jurulatih Chile, Reinaldo Rueda mencetuskan perbalahan dengan Inter Milan apabila merungut mengenai keadaan fizikal penyerang, Alexis Sanchez menjelang kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Peru esok.

Pengendali dari Colombia itu berkata bahawa "kami bukan lagi berada dalam era kolonial" ketika dia berang terhadap Inter yang hanya membenarkan Sanchez bermain "45 minit dan kemudian 90" dalam perlawanan kelabnya.

Sekalipun pemain berusia 31 tahun itu mengalami masalah fizikal ketika kali terakhir bersama skuad kebangsaan pada Oktober.

Rueda membuatkan Inter marah apabila mengatakan kelab berkenaan tidak "menjaganya dengan baik seperti kami lakukan."

Ia sekali gus menyebabkan kelab Itali itu melabelkan komen berkenaan sebagai "tidak boleh diterima, berniat jahat dan tidak berdasarkan realiti."

Inter berkata mereka "sentiasa bekerjasama secara maksimum mungkin dan memiliki hubungan sangat baik dengan staf antarabangsa pasukan."

"Bagi kes Sanchez, pemain itu mengalami masalah fizikal hampir pada setiap kali menerima panggilan antarabangsa.

"Dalam satu daripadanya, dia mengalami kecederaan serius yang menyebabkan dia diketepikan selama tiga bulan," kata Inter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2020 @ 11:08 AM