Ronaldo membuat hantaran kepada Morata untuk gol pertama Juventus. FOTO AFP
Ronaldo membuat hantaran kepada Morata untuk gol pertama Juventus. FOTO AFP
AFP

Budapest: Jaringan dari Alvaro Morata menyaksikan Juventus melakar kemenangan 4-1 ke atas pasukan kerdil dari Hungary, Ferencvaros yang turut menyaksikan Cristiano Ronaldo kembali dari Covid-19 untuk aksi pertamanya di Liga Juara-Juara musim ini.

Pemain Sepanyol itu meledak dalam setiap babak, mengulangi dua gol yang dihasilkannya ketika perlawanan pembukaan Kumpulan G menentang Dynamo Kiev dengan jaringan lewat perlawanan Paulo Dybala dan gol sendiri oleh Lasha Dvali menyaksikan Juventus menewaskan pasukan tuan rumah di Budapest.

"Saya berasa baik. Saya mempunyai semua yang saya perlukan di Juve," kata Morata.

"Semua yang saya alami sepanjang karier ada yang baik dan buruk membantu saya menjadi pemain yang lebih baik," katanya.

Dalam hujan lebat Juventus membuka jaringan menerusi Leonardo Bonucci selepas tujuh minat melepasi pertahanan tuan rumah dan menghantar kepada Juan Cuadrado di bahagian sayap.

Pemain Colombia itu menghantar hantaran lintang rendah ke depan gawang bagi disempurnakan Morata dari jarak dekat.

Menghampiri tamat babak pertama, skuad kendalian Andrea Pirlo sepatutnya dua gol di depan tetapi Morata yang boleh menyepak terus sebaliknya memberikan kepada Ronaldo, namun cubaan pemain itu dihalang Miha Blazic.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 11:57 AM