AKIS Messi ketika menentang Dynamo dalam Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AKIS Messi ketika menentang Dynamo dalam Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti namun Barcelona perlu berterima kasih kepada Marc-Andre ter Stegen selepas bertindak dengan cukup cemerlang untuk membantu pasukan itu melakarkan kemenangan yang sukar mengatasi Dynamo Kiev 2-1, kemenangan yang sedikit melegakan jurulatih Ronald Koeman.

Ter Stegen yang bertugas sebagai penjaga gawang itu mempamerkan aksi mengagumkan apabila berjaya menyelamatkan Barca daripada di malukan di Camp Nou kepada pasukan pelawat Dynamo yang turun tanpa sembilan pemain utama mereka selepas diuji positif Covid-19.

Viktor Tsygankov memberi harapan kepada Dynamo ketika saingan berbaki 15 minit selepas Messi menyempurnakan sepakan penalti dan tandukan Gerard Pique tapi aksi cemerlang Ter Stegen memastikan Barcelona berjaya meraih kemenangan ketiga Kumpulan G.

Rekod 100 peratus mereka setakat ini dalam Liga Juara-Juara termasuk persembahan baik di Juventus minggu lalu, sangat berbeza dengan persembahan longlai pada permulaan musim La Liga.

Keputusan seri 1-1 di tempat lawan berdepan Alaves Sabtu lalu menjadikan ia empat perlawanan tanpa kemenangan meletakkan Barcelona di kedudukan ke-12 liga, lapan mata di belakang Real Madrid.

"Dalam Liga Juara-Juara kami okey. Dalam liga kami perlu berubah tapi saya yakin kami boleh melakukannya," kata Pique.

"Perasaannya lebih baik, ada pemain baharu, pemain muda yang membawa dinamik kepada kumpulan pemain dan cara kami bermain."

Kemenangan ke atas Dynamo sangat penting untuk semangat dan Koeman, yang masih depannya masih menjadi persoalan memandangkan presiden baru akan mengambil alih pasukan itu dalam tempoh tiga bulan selepas peletakan jawatan Maria Bartomeu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 9:18 AM