Pemain Liverpool, Fabinho (kanan) menerima rawatan selepas mengalami kecederaan pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Pemain Liverpool, Fabinho (kanan) menerima rawatan selepas mengalami kecederaan pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Liverpool: Liverpool mengatasi Midtjylland 2-0 untuk melakar kemenangan kedua dalam dua aksi Liga Juara-Juara tetapi masalah di bahagian pertahanan memuncak apabila Fabinho mengalami kecederaan.

Juara Liga Perdana Inggeris itu tidak mengancam pada babak pertama, namun menemui rentak 10 minit selepas rehat apabila Trent Alexander-Arnold melakukan hantaran kepada Diogo Jota untuk gol pembukaan Reds.

Penalti lewat permainan oleh pemain gantian Mohamed Salah memberikan kemenangan ketika Liverpool kini di kedudukan teratas Kumpulan D.

"Ia malam yang mencabar. Ia sedikit seperti perkahwinan, ada masa yang baik dan buruk. Ia bukan masa yang buruk tetapi penuh muslihat.

"Kami perlu bersama 100 peratus dan bekerja keras malah itulah yang dilakukan pemain malam ini." kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Bos dari Jerman itu berkata kecederaan Fabinho "adalah perkara terakhir yang kami mahukan."

"Dia merasai kesakitan hamstring, jadi itu tidak bagus.

"Dia tidak begitu merasainya - dia berkata boleh bermain - tapi tidak boleh berlari laju, jadi itu tidak membantu.

"Kami akan lihat, kami perlu lakukan ujian imbasan dan melihatnya, namun jelas ia tidak bagus." kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 9:25 AM