SITI Nur Aminah Abdullah (dua kanan) bergambar bersamar cek dimenanginya yang diserahkan oleh Pengurus Cawangan Kuala Lumpur Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Fang Suat Lim (tengah).
SITI Nur Aminah Abdullah (dua kanan) bergambar bersamar cek dimenanginya yang diserahkan oleh Pengurus Cawangan Kuala Lumpur Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Fang Suat Lim (tengah).
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Siti Nur Aminah Abdullah, bintang berusia 13 tahun yang sedang meningkat naik, mencipta gelombang dalam dunia badminton, mengikut jejak langkah ibu saudaranya, pemain perseorangan wanita negara, Siti Nurshuhaini Azman di Kejohanan Badminton Remaja Allianz (AJBC) 2024.

Berasal daripada keluarga yang mengemari sukan itu, Siti Nur Aminah berkata minatnya terhadap badminton dipupuk oleh datuknya, Azman Amar dan bapanya, Abdullah Mohamad.

"Badminton atau tiada apa-apa lagi bagi saya kerana permainan ini adalah sebahagian daripada keluarga saya. Dengan Siti Nurshuhaini mencipta nama, saya mahu mengikut jejaknya," kata pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 di Rawang itu menerusi kenyataan hari ini.

Siti Nur Aminah baru-baru ini merangkul kejayaan pada pusingan kelayakan ke-4 AJBC 2024 apabila memenangi kategori perseorangan dan beregu perempuan bawah 13 tahun (B-13) bersama pasangannya Adiq Puteri Waheeda dari Sekolah Kebangsaan Sungai Choh di Kuala Lumpur.

Pemenang lain yang menjadi perhatian pada pusingan kelayakan AJBC 2024 Kuala Lumpur termasuk Kiera Wong dari SMK Bandar Puchong Jaya (B) yang memenangi kategori perseorangan dan beregu perempuan bawah 15 tahun, manakala Derrick Leung dari Sekolah Menengah Kepong Baru mengungguli kategori perseorangan dan beregu lelaki B-13.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2024 @ 9:54 PM