GOH Jin Wei. FOTO BERNAMA
GOH Jin Wei. FOTO BERNAMA
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei akan mempertingkatkan lagi usaha bagi mendapatkan rentak permainan terbaik di dalam gelanggang sebelum tampil di Sukan Olimpik bermula Julai depan.

Jelasnya, meskipun tewas kepada pemain pilihan ketiga dari Sepanyol, Carolina Marin di pusingan pertama Terbuka Singapura semalam, dia mendapat ilmu baharu dan sesuatu yang boleh digunakan pada perlawanan akan datang.

Disebabkan temasya terbesar dunia itu semakin hampir, kejohanan yang akan disertai selepas ini juga tidak banyak dan dia akan mencari jalan terbaik untuk memastikan dirinya benar-benar bersedia di Paris nanti.

"Saya belajar banyak hari ini (semalam) terutamanya daripada kecepatan dan sebagainya. Saya rasa dia (Carolina) masih mencuba untuk merasai keadaan gelanggang. Mungkin ada banyak kesilapan, itulah sebabnya jurang mata dekat.

"Ini adalah pertandingan kedua terakhir sebelum Olimpik Paris, jadi saya perlu lebih cepat untuk mendapatkan 'mood' pertandingan di Olimpik nanti," katanya.

Sementara itu, Jin Wei mengakui perasana gemuruh di dalam gelanggang menyebabkan dia sering terlepas peluang untuk mendapatkan mata penting ketika bertemu Carolina.

Terdahulu, Jin Wei yang berada di ranking ke-34 dunia memberi tentangan sengit kepada Carolina namun akhir akur tewas 20-22, 18-21.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 3:14 PM