AARON-Wooi Yik teruskan kemaraan. FOTO ASYRAF HAMZAH
AARON-Wooi Yik teruskan kemaraan. FOTO ASYRAF HAMZAH
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Kejayaan mengekang lawan daripada memenangi set pertama menjadi kunci kepada kemenangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke atas lawan mereka pada perlawanan pusingan pertama di Terbuka Singapura, semalam.

Menurut Aaron, ketika pasangan Taiwan, Chang Chang Ko Chi-Po Li Wei hanya memerlukan satu mata sahaja untuk menutup set pertama dengan kemenangan, dia serta Wooi Yik kekal tenang dan tidak melakukan sebarang kesilapan di saat penting itu.

"Saya rasa yang penting adalah set pertama. Mereka memang mendahului 20-18. Jadi, memang kita sentiasa bersedia dengan keadaan mata penting ini. Saya rasa 'turning point' adalah ketika itu," katanya yang menyaksikan mereka menang 22-20, 21-17 dalam masa 41 minit.

Bagi Wooi Yik pula, dia mengakui perlawanan semalam agak sengit meskipun mereka sudah bertemu beberapa kali dan wakil Taiwan itu berjaya mempamerkan prestasi yang sangat baik.

"Ia adalah pertandingan yang agak sukar kerana ini adalah kali ketiga kami bertemu mereka. Kami sangat bersedia untuk perlawanan bertemu pasangna Taiwan.

"Set pertama agak sengit apabila mereka mendahului dulu. Apapun saya rasa iia adalah perlawanan yang bagus dan kami boleh perbaiki prestasi kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 2:26 PM