PERJALANAN Sze Fei-Izzuddin berakhir di BAC. FOTO AFP
PERJALANAN Sze Fei-Izzuddin berakhir di BAC. FOTO AFP
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Hasrat beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk meneruskan rentak kejutan tidak kesampaian apabila apabila tewas kepada pasangan tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pertarungan tiga set 17-21, 21-15, 10-21 di final Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, sebentar tadi.

Turun berdepan pasangan nombor tiga dunia Wei Keng-Wang Chang ternyata bukan mudah apabila Sze Fei-Izzuddin terpaksa bekerja lebih keras biarpun pada awalnya berjaya mengimbangi perlawanan namun beberapa kesilapan mudah di pertengahan permainan set pertama membuatkan mereka terpaksa akur tewas 17-21.

Bermula di set kedua, Sze Fei-Izzuddin terus memperkemaskan semula corak permainan mereka dan mengurangkan kesilapan mudah serta meneruskan permainan dengan menyerang dan ia berjaya memerangkap pasangan China untuk mengheret permainan ke set penentuan dengan kemenangan 21-15.

Di set penentuan, pasangan negara bagai hilang momentum dan ternyata pengalaman memisahkan mereka apabila Wei Keng-Wang Chang pandai mengawal tekanan dan bijak kesempatan dalam kesempitan selain tidak tergopoh-gapah berbanding beregu negara sekali gus menutup permainan dengan kemenangan 10-21.

Meskipun tewas dan gagal menamatkan kejuaraan pertama mereka, pujian harus diberikan kepada wakil negara ini kerana mereka sudah mempamerkan satu prestasi yang begitu menakjubkan sepanjang kejohanan ini.

Ini adalah penemuan kedua mereka dan kemenangan 2-0 memihak kepada pasangan China itu.

Terdahulu Sze Fei-Izzuddin mencipta kejutan dengan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan pertama dengan kemenangan straight set 21-13 dan 21-18 dalam tempoh 44 minit.

Di pusingan kedua pula, wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiangyu yang berada di tangga ke-11 dunia turut menjadi mangsa beregu negara itu dengan kemenangan straight set 21-13, 21-18 dalam tempoh 44 minit.

Manakala di suku akhir, Sze Fei-Izzuddin menewaskan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin 19-21, 21-19, 21-19 sebelum bekas juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di separuh dengan straight set 21-14, 21-18.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 4:44 PM