ZII Jia gagal menjelmakan permainan positif dan menyaingi permainan pantas Jonatan. FOTO ASWADI ALIAS
ZII Jia gagal menjelmakan permainan positif dan menyaingi permainan pantas Jonatan. FOTO ASWADI ALIAS
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia gagal meneruskan rentak kemenangan apabila tewas mudah kepada pemain Indonesia, Jonatan Christie di suku akhir dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan oleh Zii Jia membolehkan Jonatan mengutip mata demi mata bagi memenangi straight set 21-11, 21-6 dalam masa 34 minit sahaja.

Meskipun cuba bangkit di set kedua, ternyata pemain di ranking ke-11 dunia itu gagal menjelmakan permainan positif dan menyaingi permainan pantas Jonatan sekali gus memberi laluan agak senang kepada wakil Indonesia itu ke separuh akhir.

Kali terakhir kedua-dua pemain ini bertemu di Terbuka India dengan kemenangan memihak kepada Zii Jia.

Sementara itu, untuk perlawanan separuh akhir BAC esok, Malaysia mempunyai dua wakil beregu lelaki apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan bertemu rakan senegara iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2024 @ 7:22 PM