AARON-WOOI YIK tewas kepada pasangan tuan rumah di suku akhir. -FOTO AFP
AARON-WOOI YIK tewas kepada pasangan tuan rumah di suku akhir. -FOTO AFP
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menganggap prestasi mereka di Terbuka India agak baik dan satu permulaan yang positif untuk tahun 2024.

Jelas Aaron, dirinya menyedari lawan mereka ketika ini berada di prestasi terbaik dan mereka sememangnya sudah memberikan segalanya dalam perlawanan itu.

"Saya rasa semuanya ok. Secara keseluruhan, ia tidak memberi kesan (corak permainan) tapi di set kedua ada sedikit sahaja.

"Saya fikir, kami sudah memulakan permainan dengan baik di set pertama namun di set kedua ia tidak terlalu memihak kepada corak permainan kami, jadi ia satu kekurangan buat kami ketika menentang mereka," kata Aaron kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Dalam perlawanan separuh akhir Terbuka India semalam, beregu nombor empat dunia terpaksa akur apabila tewas straight set 18-21, 14-21 kepada beregu tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Untuk rekod, pada edisi lalu mereka berjaya mara ke final Terbuka India sebelum tewas di tangan beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pertarungan tiga set 21-13, 19-21, 18-21.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 2:27 PM