TANG Jie-Ee Wei terpaksa akur dengan kemampuan beregu Thailand. FOTO ASWADI ALIAS
TANG Jie-Ee Wei terpaksa akur dengan kemampuan beregu Thailand. FOTO ASWADI ALIAS
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-18, 18-21, 14-21 sekali tidak berjaya ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China dalam aksi ketiga Kumpulan A sebentar tadi.

Tang Jie-Ee Wei turun dengan motivasi tinggi selepas mengejutkan pasangan Jepun semalam gagal untuk meneruskan rentak cemerlang mereka biarpun berjaya memenangi set pertama tetapi terpaksa akur dengan kebangkitan Dechapol-Sapsiree untuk menang set kedua dan ketiga dalam perlawanan yang berlangsung selama 70 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.

Kekalahan ini membolehkan Dechapol-Sapsiree terus menjarakkan rekod kemenangan menjadi tiga berbalas satu hasil empat pertemuan sebelum ini.

Biarpun berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan ketiga, Dechapol-Sapsiree terpaksa akur apabila turut gagal meneruskan perjuangan ke pusingan seterusnya.

Semalam, Tang Jie-Ee Wei Tang berjaya mencatat kemenangan sensasi ke atas gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 12-21, 21-16, 21-16.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 11:16 PM